Etika Semasa Hendak Tidur Yang Di Ajar Rasulullah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Etika Semasa Hendak Tidur Yang Di Ajar Rasulullah

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

Islam melarang tidur secara meniarap

Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” Hadis riwayat Tarmizi

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Bagaimana Tidur Cara Nabi Tersebut?

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan.

Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan.

Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik.

Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher. Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan pe-rang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah.

Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Akak Pesan : Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga akak pesan mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Jika sukakan artikal ini jangan lupa share like dan komen artikal di fb Akak pesan. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*