Bersyukur Dan Beruntung Seorang Isteri Jika Suami Ada Ciri-Ciri Ini
Dalam hubungan rumah tangga pasti ada masam manis kehidupan. Namun setiap perwatakan suami dan isteri memainkan peranan penting dalam keharmonian rumah tangga. Setiap isteri mengimpikan suami yang bukan sahaja boleh mencurahkan tanggungjawab dan kasih sayang terhadapnya tetapi turut melengkapi setiap kekurangan yang dimilikinya.
Jika suami anda mempunyai 11 sifat-sifat ini, seharusnya anda beruntung kerana memiliki suami yang menjadi kebanggaan sekali gus membuatkan orang di sekeliling cembu ru dengan anda. Tak dapat 11 sifat salah 1 pun dah kira ok.. dan tolong hargai jasa si suami.
Apa kata anda tengok, ada ke suami anda miliki tanda-tanda ini.
1. Sentiasa ketawa bersama isteri walaupun hal-hal kecil
Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat hu mor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa bagi pandangan orang lain, namun disebabkan anda berdua saling memahami sifat humor masing-masing membuatkan hidup anda berdua sentiasa diseliputi rasa ceria dan gembira. Apabila isteri rasa gembira bersama orang yang disayangi ini menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekali gus terpancar rasa bahagia dalam rumah tangga.
2. Masih menganggap isterinya wanita yang tercantik
Semakin lama usia penikahan anda berdua, pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fizikal isteri juga berubah. Wajah yang tegang mulai kendur, rambut yang hitam mulai putih dan badan yang kurus semakin berisi. Sebagai seorang suami yang terbaik, di matanya tetap menganggap isterinya wanita tercantik dan masih menarik sama seperti kali pertama anda berdua bertemu. Malah dalam diam, suami masih cuba mencu ri pandangan terhadap isterinya tanpa isterinya sedar, selain mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.
3. Berbincang dan minta pandangan isteri sebelum membuat keputusan
Apabila suami meminta pandangan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk merungkaikan masalahnya, ini menunjukkan bahawa isteri dianggap insan terpenting dalam hidupnya. Malah suami juga percaya dan menghargai keputusan yang isteri lontarkan. Tidak semestinya setiap pandangan isteri harus diterima namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan pandangan dan nasihat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang fikirkan.
4. Sering membanggakan isteri di hadapan temannya
Walaupun isteri tiada di sisi, suami yang terbaik sentiasa membanggakan orang yang disayanginya di hadapan teman-temannya. Suami yang baik sama sekali tidak malu memiliki isterinya walau apa jua keadaan isterinya. Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya yang dia bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti isterinya, selain menganggap isterinya istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.
5. Tak jeling wanita lain kerana sangat mencintai isterinya
Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain kerana tahu isterinya pasti cembu ru. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. Ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahu isterinya terluka, selain menghargai pengor banan isterinya daam memberikan sepenuh kasih sayang terhadap suami dan keluarga.
6. Sentiasa mengembangkan hubu ngannya dengan sang pencipta
Sebagai imam dalam keluarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubu ngannya dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan berasa di jalan yang lurus. Selain itu, suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan lebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya mengikuti perintah Yang Maha Esa.
7. Tidak Memandang Wanita Lain.
Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain, kerana tahu isterinya pasti cembu ru. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahuisterinya terluka.
8. Selalu buat isteri bahagia sewaktu berada di sisinya
Seorang suami bukan sahaja berperanan sebagai seorang teman hidup tetapi harus menjadi seorang yang boleh melengkapi setiap kekurangan isteri. Malah suami juga perlu menjadi seorang ‘guru’ yang mendidik isteri, selain memenuhi keperluan isteri yang membolehkan isteri rasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.
9. Cinta suami sentiasa mekar dan tak pernah pudar
Jika suami betul-betul mencintai isterinya, suami pasti sanggup melakukan apa sahaja dan berkor ban untuk orang yang disayangi. Malah cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagiaan isterinya dan bukannya bersandarkan naf su semata-mata ataupun penampilan luaran isterinya sahaja. Mengikut kajian, meluahkan rasa sayang secara teratur merupakan perkara terpenting yang boleh mendatangkan kepuasan dalam perkahwinan.
10. Tetap makan masakan Isteri walaupun Tak sedap.
Semua manusia pastikan miliki kekurangan. walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam bnyak perkara, suami yang baik akan sentiasa memberikan sokongan untuk isteri untuk menjadi orang terbaik di masa akan datang. Sama sekali, suami tidak menyesal memperisterikan anda walaupun isterinya ada kekurangan. selain tidak pernah rasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar isterinya menjadi wanita yang hebat.
11. Rajin Bantu isteri tanpa disuruh.
Jika anda menyayangi isteri, seorang suami tidak akan tega membiarkan isterinya sahaja yang terbeban dengan segala urusan di rumah. Suami haruslah sama-sama meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga. Malah suami juga sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya.
Sumber : Cinta Suami Isteri / akakpesan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Leave a Reply