Boleh Tahan Sampai 6 Bulan Sembur Dengan Bahan Ini Kaedah Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Sekitar Rumah

Boleh Tahan Sampai 6 Bulan Sembur Dengan Bahan Ini Kaedah Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Sekitar Rumah

Bagi yang dah penat dengan situasi ini mungkin ikut cara yang dikongsi oleh Ghuroba Ummah ini. Katanya cara yang digunakan ini paling tidak rumput dan lalang takkan tumbuh selama 6 bulan. Jadi tak perlulah kerap membersihkannya.

Rumput atau lalang tumbuh sekitar rumah memang boleh menyakitkan mata. Dah rcun, dah cabut tapi tak lama naik semula.

Petua mudah atasi masalah rumput/lalang cepat naik

Saya ada pengalaman menyelia compound maintenance bagi lanskap, jadi saya ingin berkongsi petua mudah atasi masalah rumput ini.

Ramai yang ada masalah rumput cepat naik dah cabut dan rabun pun masih cepat naik.

Menggunakan DIESEL, ya minyak diesel.

Caranya

Gunakan DIESEL yang dibeli dipetrol pump. Tak perlu campur bahan lain, kaedah bancuhan pun tiada. 100% gunakan DIESEL.

Insya-Allah hasilnya, rumput hanya akan tumbuh semula paling awal 6 bulan. Ada jenis rumput akan “kelu” terus selama-lamanya

Asasnya DIESEL ada 2 jenis.

  • Kleen diesel untuk kerja-kerja fogging.
  • Diesel yang dibeli di petrol pump.

Menggunakan rcun yang mempunyai perawis lengai aktif yang tinggi (kaedah ini tak perlu, sebab saya yakin majoriti ahli group bukan pakar dalam menggunakan rcun rumpai).

Peringatan penting

1. Selepas menggunakan DIESEL untuk membnuh rumput, biarkan tanah rumput selama seminggu baru boleh nak bercucuk tanam semula. Ini kerana tanah yang rumputnya kita dieselkan akan menggurangkan kadar soil dan mineral pada tanah. Tapi ianya akan pulih semula dalam masa 3 hari ke 7 hari.

2. Seperti biasa, setelah kerja-kerja mendiesel rumput menggunakan tong rcun atau apa juga jenis pam pncut, pastikan basuh sebersih-bersihnya menggunakan sabun. Tak kira kalau kita gunakan rcun atau diesel sekalipun, tong /pam penyembur perlulah dicuci bagi mengelakkan saki baki rcun atau diesel yang tertinggal menghakis tong /pam penyembur kita.

3. Berhati-hati gunakan DIESEL. Jangan sesekali terkena pada tanaman yang kita tanam. Sebab jangan kata rumput, pokok pun boleh m4 ti sekali kalau terkena DIESEL.

Akhir kata semoga petua yang tak seberapa ini bermanfaat buat semua.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Sumber: Ghuroba Ummah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*