Pernah rasa White Mee Curry sedap macam yang terkenal di Penang? Mee kari putih ni memang lain daripada yang biasa. Kuahnya dimasak tanpa menggunakan rempah atau cili. Sambal cili dihidangkan berasingan supaya anda boleh sesuaikan tahap kepedasan ikut cita rasa sendiri.
Bahan-Bahan Sambal Cili
- 4 sudu besar rempah kari daging
- 5 sudu besar cili kisar (ikut tahap pedas)
- 2 ulas bawang besar – kisar
- 5 ulas bawang putih – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1 sudu besar udang kering tanpa kulit – kisar
- 1 batang serai – diketuk
- 1/2 cawan minyak masak
- Gula dan garam secukup rasa
Cara Masak Sambal Cili:
- Panaskan minyak dan tumis serai.
- Masukkan semua bahan kisar, rempah dan cili kisar.
- Masukkan garam dan gula. Masak sehingga sambal pekat, pecah minyak dan garing.
Bahan-Bahan Kuah Putih
- Stok udang / air rebusan kepala & kulit udang (ditapis)
- 2 batang serai – diketuk
- 2 inci lengkuas – diketuk
- 3 batang daun bawang
- Fishball, fishcake & tauhu kembong
- 1 kotak santan (tambah jika mahu pekat)
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara Masak Kuah Putih:
- Didihkan stok udang, tambah air jika perlu.
- Masukkan serai, lengkuas dan batang daun bawang.
- Reneh selama 30 minit hingga naik aroma.
- Masukkan santan, kacau rata.
- Tambahkan fishcake, fishball dan tauhu kembong.
- Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
Cara Hidangan
- Celur mee kuning dan toskan.
- Celur juga taugeh, kacang panjang, isi udang dan isi ketam beku jika suka.
- Susun semua bahan dalam mangkuk.
- Tuangkan kuah putih panas dan letakkan sambal cili di tepi.
- Taburkan daun bawang sebagai hiasan.
Kesimpulan
Gabungan kuah putih yang lemak dan sambal cili pedas menjadikan White Mee Curry sedap ini antara hidangan yang wajib cuba. Anda boleh sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing – sama ada lebih pedas, lebih pekat atau lebih ringan. Memang puas hati!
Sumber: Eny Yusnizar Abdullah
Leave a Reply