Biasa goreng ayam hanya letak garam kunyit saja kan? Kali ini kita cuba upgrade resepi ayam goreng jadi versi lebih sedap, harum dan menyelerakan dengan penggunaan biji ketumbar. Resepi Ayam Goreng Ketumbar sangat sesuai untuk hidangan harian atau buat jualan sebab aroma dan rasa ketumbar memang mampu tarik selera sesiapa sahaja yang lalu dekat meja makan!
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam – dipotong ikut saiz kegemaran
Bahan Kisar:
- 1 buku bawang putih (8-10 ulas)
- 2 biji bawang merah kecil
- 6 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam dan perasa secukupnya
- 3 sudu besar tepung goreng segera (jenama Bestari, Adabi atau ikut selera)
Cara Penyediaan
- Kisar semua bahan kisar hingga halus.
- Gaulkan bahan kisar bersama ayam hingga semua bahagian terperap rata.
- Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman untuk rasa lebih padu.
- Panaskan minyak dengan api sederhana.
- Goreng ayam sehingga keemasan dan rangup di luar, lembut di dalam.
- Toskan minyak sebelum dihidangkan.
Tips Memasak
- Gunakan biji ketumbar yang baru dikisar untuk aroma lebih wangi.
- Jika mahu ayam lebih rangup, tambahkan sedikit tepung beras bersama tepung goreng segera.
- Pastikan minyak cukup panas sebelum ayam dimasukkan supaya tekstur luar jadi garing.
Ayam goreng ketumbar ini memang sesuai dijadikan lauk utama makan tengah hari atau malam. Kalau buat jualan pun confirm ramai pelanggan akan suka sebab rasa dia lain daripada ayam goreng biasa. Selamat mencuba!
Kredit: Tengku Asmadi
Leave a Reply