Menu ni memang “meletop”! Siakap Kerabu Mangga ni sejenis lauk yang menyatukan rasa rangup ikan goreng dengan kerabu Thai yang cukup rasa – pedas, masam, manis dan beraroma. Sesuai untuk jamuan keluarga, makan tengah hari mahupun malam istimewa!
🐟 Bahan-Bahan Utama (Ikan):
- 1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan ditoskan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
- 1 sudu tepung beras
Cara: Gaul semua bahan dengan ikan, kemudian goreng dalam minyak panas sehingga rangup dan garing. Ketepikan atas pinggan hidang.
🥣 Bahan A – Sos Tumbuk:
- 5 biji bawang putih
- Segenggam udang kering – disangai dahulu
- 1/2 keping gula melaka
- 1 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil cukup rasa
- 3 sudu besar sos ikan
- 2 biji cili padi merah
- 2 biji cili padi hijau
- 2 biji limau nipis – diperah (masukkan selepas bahan ditumbuk)
Cara: Tumbuk semua bahan A secara kasar. Akhir sekali, baru masukkan perahan limau nipis dan kacau rata.
🥗 Bahan B – Sayur & Ulam Kerabu:
- 1 biji mangga muda – disagat halus
- 1 biji lobak merah – disagat
- 2 biji tomato – dipotong dadu atau hiris nipis
- 1 ikat daun ketumbar – dihiris halus
- 1 biji bawang Holland – dihiris nipis
- 1 batang serai – dihiris nipis
- 2 helai daun limau purut – dihiris halus
- 2 batang kacang panjang – ditumbuk kasar
✨ Bahan Hiasan:
-
- Ikan bilis goreng
- Kacang tanah tumbuk
👨🍳 Cara Penyediaan Penuh:
- Goreng ikan siakap hingga garing dan ketepikan dalam pinggan hidang.
- Satukan bahan A (sos tumbuk) dan bahan B (ulam & sayur) dalam satu bekas. Gaul rata.
- Letakkan campuran kerabu mangga di atas ikan goreng tadi.
- Taburkan ikan bilis goreng, kacang tanah tumbuk dan lebih daun ketumbar sebagai hiasan.
Siap! Siakap rangup disalut kerabu masam pedas – memang buat nasi bertambah. Nak rasa macam makan di restoran Thai? Buat sendiri pun boleh!
Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi ni ya 🌶️🥭🐟
Kredit: Noor Khadijah
Leave a Reply