Resepi Pajeri Nanas Tanpa Santan – Wangi, Pekat & Tahan Lama

Pajeri nanas pekat tanpa santan dimasak hingga rempah pecah minyak

Pajeri nanas ni memang lain sikit dari kebiasaan sebab kita masak tanpa santan. Tapi jangan risau, rasa dia tetap padu dan tahan lebih lama. Kuncinya ialah pastikan rempah betul-betul masak dan pecah minyak dengan sempurna. Kuahnya pekat, rasa manis-manis lemak, dan aroma kerisik + udang kering tu memang naikkan selera!

🍍 Bahan-bahan:

  • 1 biji nanas (jangan terlalu masak ranum)
  • 2 paket kecil rempah kari daging Babas
  • 2-3 bawang merah sederhana (hiris atau kisar)
  • 2 ulas bawang putih kecil (hiris atau kisar)
  • Sepotong halia (hiris atau kisar)
  • Setangkai daun kari
  • 2 sudu besar gula perang (ikut rasa)
  • Garam secukupnya
  • 1 paket sederhana kerisik (anggaran 2-3 sudu besar)
  • 1 sudu besar udang kering (direndam dahulu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)

👩‍🍳 Cara-cara Penyediaan:

  1. Siang dan potong nanas ikut saiz kesukaan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah empat sekawan dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Tips penting: Untuk dapatkan kuah pajeri yang cantik dan tahan lama, guna teknik pecah minyak 3 kali:
    • Lepas pecah minyak, tambahkan 1 cawan air, biar mendidih dan tumis lagi sampai pecah minyak semula.
    • Ulang langkah ni 3 kali.
  5. Masukkan udang kering dan kacau rata.
  6. Masukkan kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan nanas terakhir sekali supaya ia tak hancur. Reneh perlahan-lahan supaya rempah meresap dalam nanas.
  8. Rasa kuah – adjust garam, manis atau masam ikut cita rasa.
  9. Masak guna api perlahan hingga kuah pekat dan cantik berminyak. Siap untuk dihidang!

📌 Tips Tambahan:

  • Gunakan nanas separuh masak supaya tak terlalu lembik bila dimasak.
  • Masak awal pagi jika nak makan tengah hari – bagi cukup masa untuk rempah naik bau & sebati dengan kuah.
  • Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili kering kisar semasa menumis rempah.

Selamat mencuba pajeri nanas versi tanpa santan ni! Rasa dia klasik, tak muak dan tahan lama – sesuai sangat dijadikan lauk standby dalam peti sejuk atau menu jualan kenduri. ❤️

Kredit: Mastura Burhanuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*