Hari ni saya cuba buat soft cookies untuk pertama kalinya. Nak pujuk hati yang sedih, saya perlukan biskut yang boleh buat senyum semula 🥺. Saya rujuk resepi asal dari Tuan Adriana Arissa (terima kasih, teacher 💐), tapi saya ubah beberapa bahan ikut cita rasa sendiri.
Saya gantikan tepung gandum dan tepung jagung dengan tepung kek, dan guna gula kastor sebagai ganti gula pasir. Sukatan soda bikarbonat juga saya tambah sedikit, dan saya timbang setiap doh cookies seberat 60g. Hasilnya? ‘Just nice’ – rangup di luar, chewy di dalam. Memang puas hati!
🍪 Bahan-Bahan (10-12 keping):
- 125g (½ cawan) mentega bergaram
- 60g (¼ cawan) gula kastor
- 80g (½ cawan) gula perang
- 1 biji telur gred A atau B
- 1 sudu teh esen vanila (saya guna creamy vanilla)
- 225g (1½ cawan) tepung kek
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ¼ sudu teh serbuk penaik
- 150g coklat gelap / coklat susu / cip coklat / kekacang
👩🍳 Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega di dalam pan atas api sederhana. Biarkan sejuk sebentar.
- Masukkan mentega cair ke dalam gula kastor & gula perang. Kacau sebati.
- Masukkan telur & esen vanila. Kacau dengan whisk sehingga adunan mencapai ribbon stage.
- Masukkan bahan kering (tepung, soda bikarbonat & serbuk penaik). Kaup balik dengan spatula hingga sebati.
- Masukkan coklat gelap atau cip coklat. Kaup rata.
- Bahagikan adunan – setiap doh seberat 60g, bulatkan dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1½ jam.
- Panaskan ketuhar kepada 170°C–180°C (api atas bawah, tanpa kipas). Bakar selama 15–20 minit hingga bahagian tepi keperangan.
- Biarkan sejuk atas dulang sebentar sebelum alih ke atas wire rack.
📌 Nota Tambahan:
- Saya guna sukatan metrik untuk lebih tepat – boleh guna penimbang digital.
- Dapat 10 keping cookies bersaiz besar (60g setiap satu).
- Suhu dan masa bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.
Soft cookies ni memang sesuai buat bersama anak-anak di rumah, terutama sempena cuti sekolah. Boleh juga tukar perisa – insya-Allah saya akan kongsikan versi baru nanti 😋
Selamat mencuba! Jangan lupa kongsikan hasil di ruangan komen blog akakpesan.com ya 💖
Kredit: Noor Ashikin Saerah
Leave a Reply