Resepi Kuah Laksa Johor – Untuk 50 Orang, Sesuai Open House!

Kuah Laksa Johor pekat dengan spagetti, taugeh dan limau kasturi

Resepi ini khas untuk 50 orang makan, sesuai sangat untuk open house atau majlis besar. Kuah laksa Johor dimasak sehari awal supaya rasa lebih menyerap dan bila panas-panaskan, kuah jadi makin sedap. Mak mertua saya pun sampai bertambah makan 🤭

🥘 Bahan-bahan Rebusan A (Ikan & Udang):

  • 2 kg ikan kembung/parang (boleh campur)
  • 1 kg udang kecil (lebih manis)
  • 2 keping asam gelugor

Nota: Ikan dibersihkan dan direbus bersama asam gelugor selama 15 minit. Udang direbus sekali dengan kepala untuk rasa air rebusan lebih manis. Asingkan isi ikan dari tulang, kupas kulit udang. Blend isi ikan dan udang bersama air rebusan.

🌶️ Bahan Kisar B:

  • 18 biji bawang merah
  • 6 biji bawang besar
  • 15 biji bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci halia
  • 15 batang serai
  • 3/4 cawan udang kering (direndam dulu)
  • 4 cawan air (untuk blend)
  • 2 cawan minyak masak (untuk blend)

🍛 Bahan Tumis C:

  • 3 biji kelapa kerisik
  • 4 biji santan kelapa / 1 kg santan pekat
  • 5 batang serai diketuk
  • 2 peket kari ikan Adabi (25g setiap peket)
  • 1 peket kari ikan daging Adabi (25g)
  • 2 peket kari ikan pedas Baba’s (25g setiap peket)
  • 1 peket kari daging pedas Baba’s (25g)
  • 2 cawan minyak masak
  • 3 keping asam gelugor
  • 0.5 keping guna nisan/melaka
  • 3 sudu besar gula (secukup rasa)
  • 2 sudu besar garam (secukup rasa)

Nota: Tidak menggunakan Aji Masak Laksa Johor kerana ikan dan udang sudah cukup manis.

👩‍🍳 Cara Memasak:

  1. Panaskan kuali/kawah dengan 2 cawan minyak dan masukkan 5 batang serai yang diketuk.
  2. Bila minyak panas, masukkan bahan kisar B. Tumis hingga kecut, pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan rempah kari ikan dan daging. Kecilkan api dan biarkan rempah sebati.
  4. Pindahkan tumisan ke periuk besar. Masukkan isi ikan & udang blend (bahan A), kerisik, santan, asam gelugor, gula dan garam.
  5. Perlahankan api dan kacau perlahan. Biarkan selama 2 jam atas dapur.
  6. Setiap satu jam tambah air secawan. Boleh tambah lebih air ikut citarasa. Jangan terlalu pekat, sedang-sedang sahaja.
  7. Hangatkan kuah 3-4 jam sekali supaya kuah lebih sedap dan cantik.
  8. Kuah siap untuk dihidang.

🍽️ Aksesori Hidangan:

  • Tauge dicuci bersih
  • Bawang besar dimayang halus
  • Timun dimayang halus
  • Daun selasih/kesum dimayang halus
  • Limau kasturi dibelah, dibuang biji
  • Boleh tambah kacang panjang jika suka
  • Boleh tambah lobak jeruk jika suka

Susun semua aksesori ini dalam mangkuk sebagai pelengkap hidangan.

🌶️ Sambal Belacan:

  • 2/3 biji tomato
  • 2 inci belacan bakar
  • 10 biji limau kasturi
  • 10 biji cili padi Vietnam/merah
  • 10 biji cili merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu garam

Cara: Masukkan semua bahan ke dalam blender, letak tomato di bawah, blend dan perah limau kasturi tanpa air. Siap untuk dihidang.

🍝 Spagetti:

Rebus 8 bungkus spagetti jenama apa sahaja. Rebus sebungkus-sebungkus. Masukkan 3 sudu besar minyak zaitun dan sesudu garam semasa merebus supaya tidak melekat. Toskan dan gulung ikut suka untuk dihidang dalam pinggan.

💡 Tips Tambahan:

  • Lebihkan kerisik untuk rasa lebih sedap.
  • Boleh gantikan ikan ikut selera, contohnya tenggiri, talang atau kurau. Ikan parang sangat manis isinya.
  • Untuk mudah, guna pressure cooker 45 minit, kemudian blend bersama tulang (kerana sudah lembut).
  • Lebihkan sedikit kari untuk rasa lebih padu.

Kredit: Ratu Giling Malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*