Sapa kat sini suka makan pisang goreng crunchy yang bunyi dia krup krap krup krap bila digigit? 🙋♀️ Kalau ya, anda wajib cuba resipi pisang goreng rangup ni. Simple je bahan, tapi hasil dia memang garing dan puas hati!
Bahan-Bahan Pisang Goreng Crunchy
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 1/2 sudu besar air kapur makan
- 1 sudu kecil gula (atau ikut cita rasa)
- Secubit garam
- Secubit serbuk kunyit
- Ketulan ais (beberapa biji)
- Air secukupnya
- Pisang – potong ikut suka (pisang nipah atau pisang tanduk digalakkan)
Cara-Cara Buat Pisang Goreng Rangup
- Campurkan semua bahan kering: tepung beras, tepung jagung, garam, gula, dan kunyit.
- Masukkan kuning telur, air kapur, dan sedikit air. Kacau rata.
- Tambahkan ais ketul dan kacau adunan sehingga sebati. Pastikan adunan tak terlalu cair atau terlalu pekat. Bila celup pisang, salutan kena lekat cantik.
- Panaskan minyak yang banyak. Celup pisang dalam adunan dan goreng hingga keemasan.
- Angkat dan toskan atas tisu dapur. Siap untuk dinikmati!
Tips Dapatkan Pisang Goreng Lebih Crunchy
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan pisang.
- Guna ais dalam adunan – rahsia utama hasil gorengan rangup.
- Boleh tambah sedikit baking powder jika mahu tekstur lebih gebu dan crunchy.
Pisang Goreng Confirm Krup Krap!
Hidangkan pisang goreng rangup ini masa panas-panas bersama teh O atau kopi. Memang terbaik untuk minum petang atau kudapan hujung minggu!
Sumber: Wani Suhaimi
Leave a Reply