Resepi Mee Udang Simple Sedap Berkuah Pekat

Mee udang simple sedap dengan udang segar dan kuah pekat

Mee udang simple adalah salah satu hidangan popular yang digemari ramai. Gabungan mi kuning dengan udang segar, disiram kuah yang pekat dan pedas memang sangat menyelerakan!

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Dea Noorfaizura. Menurut beliau, ada satu bahan istimewa yang menjadikan kuah mee udang ini lebih sedap dan terasa!

Bahan-bahan Kuah Mee Udang

  • Kulit dan kepala udang mentah
  • Rangka ayam
  • Udang kering (ditumbuk atau dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 7-8 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
  • 3 sudu besar cili kisar / cili boh
  • Sedikit air
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Garam
  • MSG (jika suka)

Bahan-bahan Lain

  • Mi kuning
  • Kangkung (dicelur)
  • Fish cake (dicelur dan dihiris)
  • Udang segar
  • Isi ayam (rebus dan carik)
  • Telur rebus
  • Mihun (jika mahu campur)

Cara Memasak Mee Udang Simple

  1. Goreng kulit dan kepala udang sehingga kekuningan dan garing.
  2. Masukkan air dan rangka ayam, reneh selama 30 minit untuk hasilkan stok kuah yang manis dan pekat.
  3. Keluarkan kulit udang tadi, kisar halus dan tapis. Masukkan semula pati ke dalam kuah sup.
  4. Untuk sambal: Tumis udang kering bersama bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan garing.
  5. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan perasakan dengan serbuk perasa.
  6. Masukkan sambal ke dalam kuah. Kuah akan bertukar warna dan menjadi lebih pekat serta pedas.
  7. Perasakan kuah dengan gula, garam dan MSG secukup rasa. Siap apabila rasa cukup seimbang.
  8. Untuk hidangan: Masukkan mi kuning dan/atau mihun ke dalam mangkuk.
  9. Susun kangkung, fish cake, udang, isi ayam dan telur rebus di atas mi. Tuangkan kuah panas dan hidangkan segera!

Tips Tambahan

  • Gunakan udang segar untuk rasa kuah yang lebih manis dan beraroma.
  • Boleh tambah hirisan limau nipis semasa menghidang untuk rasa lebih segar.
  • Jika suka pedas, tambahkan lebih cili kisar atau cili padi kisar ke dalam sambal.

Sumber resepi: Dea Noorfaizura

Tag: mee udang simple, resepi mee udang, makanan laut, resepi mudah, kuah pekat, mi sedap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*