Resepi Ikan Cencaru Bakar & Air Asam Padu – Makan Bertambah Nasi!

Ikan cencaru bakar cicah air asam padu – lauk kampung simple dan sedap

Done buat ikan cencaru bakar cicah dengan air asam homemade, memang layan habis! Makan pula dengan nasi putih dan kuah lemak putih, perghhh rasa macam kenduri kampung 🤤

🐟 Bahan-Bahan Ikan Bakar Cencaru

  • Beberapa ekor ikan cencaru – siang, belah belakang & bersih
  • 7 biji cili merah besar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa (contoh: Maggi cukup rasa)
  • 1 biji limau kasturi – perah jusnya

▶️ Cara-Cara:

  1. Kisar halus semua bahan kecuali ikan dan limau kasturi.
  2. Perahkan jus limau kasturi ke dalam bahan kisar dan gaul rata.
  3. Lumur bahan kisar ke seluruh ikan, termasuk bahagian belah belakang.
  4. Perap sekejap jika sempat, lagi sedap.
  5. Bakar atas kuali non-stick atau grill pan hingga masak dan garing luar. Boleh juga guna pemanggang.

🌶️ Air Asam Cicah Ikan Bakar – Versi Padu

Cara Kisar Kasar:

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ruas belacan – dibakar

Bahan Hiris:

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 tangkai cili merah besar

Bahan Tambahan:

  • 4 biji limau kasturi – ambil jus sahaja
  • 4 sudu besar asam jawa (guna jenama Adabi atau lain-lain)
  • 3 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Air secukupnya – ikut pekat mana nak

▶️ Cara-Cara:

  1. Kisar kasar bahan kisar. Jangan terlalu halus, biar ada tekstur.
  2. Hiris semua bahan hiris, kemudian campurkan bersama bahan kisar.
  3. Masukkan jus limau kasturi, air asam jawa, gula, garam dan air. Kacau rata.
  4. Rasa – seimbangkan rasa masam, manis dan sedikit pedas. Siap!

Tip: Kalau suka lebih padu, boleh tambah daun ketumbar cincang atau hirisan daun limau purut!

💡 Nota Tambahan:

Resepi ni sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam. Kalau buat lebih, ikan bakar ni boleh juga frozenkan sebelum bakar. Air asam pula tahan 2-3 hari dalam peti ais. Lagi lama perap, lagi padu rasa dia!

Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi ni dengan kawan-kawan. Confirm jadi rebutan waktu makan!

Kredit: Bunda Nadiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*