Tupperware Berminyak Tak Perlu Sental Bila Cuci Buat Cara Mudah Ini Boleh Jadi Bersih

Tupperware Berminyak Tak Perlu Sental Bila Cuci Buat Cara Mudah Ini Boleh Jadi Bersih

Bagi yang suka membawa bekal dari rumah, penggunaan tupperware memang sangat membantu kerana ianya datang dalam banyak saiz yang berbeza dan kualitinya yang tahan lama.

Namun, jika kita gunakannya untuk meletakkan makanan berminyak memang kadang kala terasa agak trgis sedikit apabila hendak mencucinya.

Mencuci pinggan mangkuk memang tak ramai yang suka, nak pula kalau melibatkan bahan plastik seperti bekas tupperware yang berminyak ni. Tapi kalau isteri dah tolong memasak seawal pagi, rasanya suami sepatutnya mengambil alih bab cuci tupperware ni baru lah sejuk hati isteri. Setuju?

Hari ni kami nak kongsi trik yang viraI baru-baru ini untuk mencuci bekas makanan atau tupperware. Tambah pula bila makanan yang dibawa adalah berminyak dan keseluruhan bekas makanan tersebut turut meninggalkan kesan minyak yang degil!

Minyak yang melekat di bekas plastik ini memang susah ditanggalkan. Nak tahu cara mudah cuci bekas plastik atau tuppaware berminyak?

Bekas makanan plastik yang ada kesan minyak sambal terutamanya memanglah susah nak hilang.

1. Ini kesan minyak sambal pada bekas plastik yang susah nak hilang.

2. Masukkan sedikit sabun (tak kisah jenama), kemudian tambah sesudu garam dalam bekas pencuci dan letak sedikit air.

3. Ambil span dari air bancuhan tadi kemudian cuci macam biasa, tak perlu rendam pun. Terus hilang macam ni.

4. Hasilnya, bersih tiada minyak langsung dan menciutkan. Tak perlu basuh 2-3 kali, membazir sabun.

Selamat mencuba.

Sumber: Hafiza Zanuddin

Selamat mencuba cuci tupperware berminyak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*