Nabi Tanya Kepada Sahabat “Siapakah Orang Yang Muflis? ” Rupa-Rupanya Jawapan Para Sahabat Salah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Nabi Tanya Kepada Sahabat “Siapakah Orang Yang Muflis? ” Rupa-Rupanya Jawapan Para Sahabat Salah

Jika seseorang itu diisytiharkan muflis di dunia, ia bermakna mereka tidak mampu membayar sejumlah bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan. Harta seperti rumah, kereta atau apa-apa cagaran harta yang lain akan ditarik semula oleh pihak bank.

Namun, ada perkara yang lebih menyusahkan daripada itu, iaitu muflis di akhirat, kerana setelah habis hisab, dan jika timbangan amalan baik kita tidak mencukupi, tidak ada lagi yang dapat menyelamatkan kita ketika itu. Apakah yang membuatkan seseorang muflis di akhirat? Berikut jawapan baginda Nabi SAW:

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab; “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.”

Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan da rah orang itu dan memu kul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan dibebankan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam nera ka (kerana banyak dosa)” (HR Ahmad No: 8062, Status Hasan Sahih)

Pada awalnya, mereka yang muflis ini datang dalam keadaan masih mempunyai pahala dari amalan yang dilakukan di dunia. Mereka ini bukanlah orang yang langsung tidak melakukan kebaikan, namun kerana dalam masa yang sama mereka suka menyakiti orang, maka mereka harus menanggung akibatnya.

Pahala mereka hilang begitu sahaja kerana dosa yang telah mereka lakukan kepada orang lain di dunia. Mereka terpaksa membayar ‘ganti rugi’ menggunakan pahala-pahala yang ada. Akhirnya yang tinggal adalah dosa yang menggunung untuk ditanggung.

Tidak ada yang lebih mengecewakan daripada mengetahui bahawa rupa-rupanya kebaikan yang susah payah kita lakukan di dunia tidak mampu menyelamatkan kita ketika saat yang paling genting di akhirat.

Hakikatnya, tidak ada siapa pun yang akan tahu adakah mereka akan muflis atau tidak di akhirat kelak. Disebabkan itulah kita sentiasa harus berjaga-jaga dalam setiap percakapan, perbuatan dan amalan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*