Waktu Solat Tak Terfikir Apap-apa, Masa Solat Macam-macam Terlintas, Ini Cara Atasi Perkara Tersebut

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Waktu Solat Tak Terfikir Apap-apa, Masa Solat Macam-macam Terlintas, Ini Cara Atasi Perkara Tersebut

Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak ma ti roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.

Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini atok habaq sat… Bila kita solat, akan hadir Ibl1s bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Ja hat kan dia ni? Sam seng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!

Cara nak l4wan si Khanzab ni 

(Sebelum solat)

  • Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
  • Baca Ayatul Kursi 1x
  • Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni..

Tengok siapa menang, kita atau sya1tan? Insya Allah

LAWAN WAS-WAS KETIKA SOLAT DENGAN RUQYAH

IBADAT yang dilakukan sering terganggu disebabkan perasaan waswas yang menguasai diri. Bisikan dan hasutan syai tan yang membelenggu manusia menyebabkan mereka terkeliru dan terganggu dalam melaksanakan ibadat.

Antara yang sering diperhatikan ketika mengambil wuduk ada yang terlupa anggota basuhan dilakukan sehingga terpaksa mengulangi wuduk.

Begitu juga dalam solat apabila sukar mengangkat takbiratul ihram sehingga terpaksa melakukannya berkali-kali. Malah, ada juga waswas bilangan rakaat yang sudah dilakukan.

Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Daripada kalangan j1n dan manusia.” (An-Naas: 1-6)

Pendakwah, Emran Ahmad, berkata perasaan waswas menyebabkan seseorang tidak pasti status ibadat yang dilaksanakan sah atau tidak.

“Sya1tan terus menghasut dan membisikkan kepada manusia supaya kita waswas, seterusnya tidak dapat merasai kenikmatan ibadat yang dilakukan,” katanya.

Turut diriwayatkan, sahabat Rasulullah SAW, Uthman ibnu Abi al-‘As RA datang bertemu Baginda mengadu dengan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya sya1tan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku terganggu.” Rasulullah SAW bersabda: “Itulah syai1tan yang disebut Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah menghilangkan gangguan itu daripadaku.” (HR Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ubai Kaab RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya untuk wuduk ada syai tan (yang mengganggu) yang bernama al-Walahan. Maka jauhilah waswas air!” (HR Tarmizi)

Jelas Emran, gangguan dan bisikan syai tan dalam bentuk waswas juga menyebabkan manusia malas serta lemah dalam melakukan ibadat, seterusnya menjadikan ia tidak sempurna.

“Banyak panduan dalam Islam untuk merawat dan melawan perasaan waswas dalam ibadat yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW, Sahabat RA dan tabiin serta pengikut mereka.

“Rasulullah SAW menganjurkan ayat khusus untuk mengubati perasaan waswas ini dengan mengamalkan ayat Kursi dan surah al-Ikhlas, an-Naas serta al-Falaq, iaitu surah yang dibaca Jibril AS ketika merawat Rasulullah SAW yang disihir oleh seorang Ya hudi.

“Terdapat riwayat sahabat RA merawat seorang Arab Badwi menggunakan al-Fatihah dan dengan izin Allah SWT, penyakit yang dihadapi sembuh,” katanya.

Emran berkata, paling penting kita perlu tahu ayat al-Quran yang boleh dijadikan ruqyah untuk mengubati sesuatu penyakit.

Katanya, dalam mengubati seseorang yang waswas perlu juga diperbetulkan akidah dan keimanannya kepada Allah SWT.

Katanya, seseorang yang sentiasa berada dalam kemak siatan dan kepercayaan tahyul serta syirik menjadikan syai tan akan terus mendampingi dan sukar untuk merawat perasaan waswas yang ada dalam diri mereka.

“Kita perlu percaya segala manfaat dan mudarat datang daripada Allah SWT dan makhluk lain tidak mempunyai kuasa. Jika kita meletakkan kekuasaan Allah SWT melebihi segalanya, menjadikan penguasaan syai tan dalam diri kita semakin lemah.

“Selain itu, seseorang yang mengalami waswas perlu difahamkan mengenai sifat Allah SWT yang tidak pernah membebankan makhluk-Nya, malah Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Dalam menghindari waswas, mereka perlu difahami dengan perbandingan dalam mazhab; kita berpegang kepada mazhab Syafie mengangkat dan melafazkan takbir itu adalah perkara sunat, sebaliknya cukup dengan menghadirkan niat ketika ingin bersolat,” katanya.

Jelas Emran, seseorang yang mengalami masalah waswas dalam kehidupan seharian seperti terlupa menutup lampu tidak boleh disamakan dengan perasaan waswas dalam perkara ibadat.

Sebaliknya, Emran berkata, perkara itu hanyalah disebabkan oleh lemah ingatan yang memerlukan seseorang untuk menajamkan akalnya dengan memperbanyakkan amalan zikir dan juga menjauhi perkara yang boleh melemahkan fikiran.

“Ulama terdahulu mempunyai ingatan yang tajam disebabkan mereka ini menjaga kehidupan harian mereka daripada perkara kemak siatan malah turut menjauhi perkara syubahah.

“Namun sekarang, ia tidak dilakukan menjadikan fokus kehidupan harian menjadi terganggu dan mula dibelenggu dengan masalah,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*