Amalkan Doa Ini Untuk Hindari Rasa Mengantuk Dan Malas Bekerja

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Amalkan Doa Ini Untuk Hindari Rasa Mengantuk Dan Malas Bekerja

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditim pa kemala ngan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belaja dan kerja.
Potongan ayat tersebut berbunyi

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

Maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR (Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemala ngan adalah dengan membacaAyat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

Berikut doanya:

  • Allahumma inni a’uudzubika minal hammi wal hazan. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.
  • Wa a’uudzubika minal ‘ajzi wal kasal. Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.
  • Wa a’uudzubika minal jubni wal bukhl. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.
  • Wa a’uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

ASBABUL NUZUL (Sebab-sebab penurunan)

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.

Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, “Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran”… Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas.

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya.

Fadhilat Wirid

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: “Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?”

Jawab Abu Amamah: “Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah.”

Maka jawab baginda : “Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?”

Jawabnya: “Ya!”. Lalu baginda bersabda: “Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas).”

Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan. (Dikeluarkan oleh Abu Daud)

sumber : myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*