Adakah Wajib Mandi Selepas Kegvguran Dan Apa Maksud Mandi Wiladah? Wanita Kena Tahu
SOALAN : Adakah WAJIB MANDI jika berlaku kegu guran?
SOALAN : Mohon perjelasan yang arif. Bagi yang bersalin normal.. bila masa kena mandi wiladah? Sesetengah orang cakap tak perlu mandi.. mandi selepas habis nifas.
JAWAPAN:
Saya gabung jawapan bagi kedua-dua soalan di atas seperti berikut :
WILADAH bermaksud kelahiran anak termasuklah kegu guran (sekalipun hanya berupa segumpal da rah atau segumpal daging).
1. Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya) ; wanita yang melahirkan anak atau kegu guran, ia WAJIB MANDI jika ditakdirkan TIADA darah NIFAS yang keluar.
Ini kerana QIAS kepada air M4NI. Anak atau janin adalah air m4ni yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari far4j dapat diumpamakan seperti keluar m4ni darinya, maka wajiblah mandi.
Namun jika ada dar4h NIFAS yang keluar selepas kelahiran atau kegu guran tersebut, maka hukumnya TERTAKLUK dengan HUKUM wanita yang kedatangan NIFAS dan ia hendaklah menunggu hingga kering da rah nifasnya barulah mandi.
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut Mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan ; “Kemungkinan berlaku kelahiran TANPA diikuti dengan keluarnya da rah. Maka hukvmnya ketika itu sama seperti hukum JANABAH (yakni hukum keluarnya m4ni iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air m4ni lelaki dan air m4ni wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya (cara biasa atau pembedahan).
Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya d4rah sebagaimana yang biasa berlaku, maka darah itu dinamakan NIFAS dan ia tertakluk dengan hukum-hakam NIFAS” [Jil.1, hlm. 82]
2. Mengikut Mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad ; wiladah TIDAK mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya. [Lihat; al-Majmu’, 2/168]
Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni ; “Yang soheh ialah TIDAK WAJIB mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah d4rah dan bukan juga m4ni, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak ; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar d4rah dan keluar m4ni)” [al-Mughni, 1/165]
KESIMPULAN :
Mengikut Mazhab Imam Syafie, seorang perempuan yang lepas bersalin samada secara normal atau bedah TIDAK WAJIB mandi wiladah jika KELUAR da rah NIFAS. Selepas kering nifasnya barulah dia wajib mandi SEKALI sahaja dan terangkat kedua-dua hadas wiladah dan nifas sekali, tak perlu mandi dua kali.
Alasan ini adalah kerana kewajipan mandi hanya bermula apabila masuk waktu solat dan ibadat yang sepertinya. Selepas bersalin, perempuan yang datang nifas masih dalam keadaan berhadas nifas maka dia tidak wajib solat, apabila tidak wajib solat maka tidak wajib juga mandi wiladah.
Menyuruh perempuan mandi wiladah dan mandi nifas sekali lagi setelah kering nifas adalah perbuatan yang tidak dianjurkan oleh hukum dan menyusahkan.
Namun bukan semua wanita apabila melahirkan anak akan keluar nifas. Ada yang keluar nifas, setelah 2 atau 3 hari melahirkan anak. Maka apabila, seseorang wanita, merasai tidak ada sebarang da rah yang keluar mengiringi bayi yang dilahirkan, dia mesti bangun dan mandi wajib untuk mengerjakan solat.
Walaupun masih lemah, maka dia boleh mengerjakan solat secara duduk sahaja, mengikut keupayaan diri ketika itu.
Ini termasuk wanita yang melahirkan anak secara pembe dahan caesarean, sekiranya selepas 2, 3 hari nifas keluar maka berhentilah solat, sehingga nifasnya kering semula untuk mandi wajib sekali lagi.
Moga dapat memberi pencerahan.
Oleh: Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Alrais)
Sumber: indahnyaislam
Leave a Reply