Bukan Mimpi, Tapi Ini Sebabnya Bayi Anda Selalu Tersenyum Ketika Tidur
“Alahai comelnya dia tersengih-sengih masa tidur. Apalah yang dimimpikan agaknya ya…” Bagi ibu bapa yang biasa memerhatikan gaya tidur bayi, mesti anda perasan yang mereka biasa tersenyum ketika tidur. Ada yang menganggap bayi sedang bermimpi, malah tak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan makhluk halus.
Bagaimana pula pandangan sains dalam hal ini?
INI SEBABNYA BAYI ANDA SELALU TERSENYUM KETIKA TIDUR
1. SENYUMAN AWAL TERHASIL DARIPADA GERAKAN REFLEKS
Secara saintifiknya, para saintis mempercayai bahawa senyuman yang muncul dalam tempoh terawal kelahiran bayi adalah akibat gerakan refleks – iaitu ianya merupakan sesuatu yang tidak dikawal oleh bayi.
Ini bermaksud, senyuman yang terhasil ketika tidur atau berjaga itu bukanlah terhasil daripada tindakbalas emosi bayi terhadap apa yang dilihat atau apa yang difikirkannya.
Menurut ahli psikologi Pamela Garcy, senyuman refleks ini terhasil ketika bayi berusia 3 hari hingga si kecil berusia sekitar dua bulan.
2. BAYI TIDAK MEMPUNYAI KEBOLEHAN UNTUK BERMIMPI SEPERTI ORANG DEWASA
Tak ada siapa yang tahu sama ada bayi benar-benar bermimpi (sebab mereka pun tak dapat memberitahu kita tentangnya). Tapi menurut neurosaintis, bermimpi adalah sebuah proses kognitif yang hanya dapat berlaku apabila anak kecil mampu membayangkan sesebuah perkara secara visual dan spatial.
Jadi, sekalipun bayi boleh bermimpi, ia bukanlah sesuatu yang serupa dengan apa yang kita alami.
Dalam pendapat lain, saintis berpendapat bahawa bayi baru lahir tidak bermimpi semasa tidur sehinggalah beberapa tahun selepasnya. Walaubagaimanapun, mereka bersetuju bahawa dalam tempoh tidur ini otak bayi amat ligat berfungsi.
3. JADI, APA YANG DILAKUKAN OLEH BAYI SEMASA ‘BERMIMPI’?
Secara umumnya, terdapat 5 fasa tidur seperti yang dijelaskan melalui Psych Central. Fasa REM (rapid eye movements) adalah fasa terakhir yang berlaku dalam tidur, di mana gelombang otak pada tempoh ini kelihatan sama dengan kita berjaga. Ketika inilah mimpi biasanya berlaku.
Dalam tempoh tidur bayi, separuh daripadanya dikategorikan oleh neurosaintis sebagai fasa REM, manakala hanya 1/4 saja dialami oleh orang dewasa. Menurut neurosaintis, walaupun bayi mengalami tempoh REM, ia memainkan peranan yang berbeza pada bayi berbanding orang dewasa. Ketika fasa bermimpi inilah otak mereka membina laluan neural, meintegrasikan memori sehingga menjadi lebih kompleks, dan secara tak langsung mengaktifkan perkembangan bahasa.
4. BILAKAH ANAK KECIL MULA BERMIMPI SECARA NORMAL?
Mengikut kajian yang didedahkan melalui LiveScience, mimpi yang boleh diingat oleh anak kecil pada usia 4 atau 5 tahun lazimnya bersifat statik, tidak berkarakter, kurang emosi, dan tiada memori.
Hanya apabila usia mereka meningkat 7-8 tahun, di mana mereka sudah memahami kewujudan diri mereka, barulah mimpi ini datang secara lebih berstruktur dan jelas.
5. KEBOLEHAN BAYI UNTUK TERSENYUM AKAN TERUS BERKEMBANG
Seiring bertambahnya usia, kemampuan senyum bayi akan semakin berkembang.
Menurut Parents. com, bayi berusia 6-8 bulan akan mempamerkan senyuman responsif, iaitu senyuman yang terlahir kerana meniru senyuman anda. Senyuman ini adalah reaksi kepada pengalaman sensori dan bukanlah reaksi sosial terhadap emosi mereka.
Menurut pakar, hanya apabila bayi berusia 2-3 bulan bayi mampu melahirkan senyuman kerana ingin mengekspresikan rasa senangnya, berhubung dengan anda atau sesiapa di sekitar mereka.
6. HARGAI SENYUMAN KECIL ITU!
Senyuman ibu bapa memainkan peranan penting kepada bayi kerana ia menjadikan mereka berasa selamat, gembira, dan disayangi. Bahkan, senyuman anda juga menjadi faktor yang memacu perkembangan minda si kecil.
Senyuman sosi al yang terlahir dalam keadaan sedar bayi merupakan salah satumilestone yang patut anda raikan. Ia adalah langkah pertama yang menunjukkan bayi mampu berkomunikasi secara positif dalam sebuah hubu ngan.
Sumber: SirapLimau via Nazurah Hassan
Leave a Reply